[VIDEO] Terima lawatan Kementerian Pendidikan Afghanistan, Guan Eng tuntut penjelasan Fadhlina

Iklan

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek diminta memberi penjelasan susulan kunjungan delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan yang dipimpin Taliban ke kementeriannya, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, lawatan tersebut menimbulkan persoalan memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara terbabit.

Iklan
Iklan

"Saya timbulkan perkara ini kerana bukan sahaja sebagai wakil rakyat tetapi juga seorang yang mengambil berat tentang hak asasi manusia khususnya tentang hak pendidikan golongan wanita.

"Afghanistan satu-satunya negara di dunia yang melarang golongan wanita belajar di sekolah menengah dan universiti. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah mengecam Afghanistan dan pimpinan Taliban kerana tindakan sedemikian sama seperti aparteid jantina.

Iklan

"Saya harap satu penjelasan boleh diberikan kepada rakyat Malaysia kerana kita amat prihatin sebagai negara yang menyokong hak golongan wanita dan hak mereka khususnya untuk mendapatkan pendidikan,” katanya ketika sidang akhbar di Pusat Media Parlimen di sini pada Rabu.

Guan Eng (tengah) ketika sidang akhbar di Pusat Media Parlimen pada Rabu.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan, Fadhlina mengesahkan kementeriannya menjadi tuan rumah kepada delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan pimpinan Taliban awal bulan ini.

Iklan

Menurut Fadhlina, lawatan itu sudah berakhir dan kementeriannya berkongsi pandangan mereka mengenai pendidikan.

Sementara itu, Guan Eng dalam masa sama menegaskan tiada keperluan untuk Malaysia mempunyai hubungan dengan negara yang mengamalkan diskriminasi terhadap wanita.

"Saya rasa perkara ini (terima lawatan Kementerian Pendidikan Afghanistan) akan ditentang semua rakyat Malaysia dan saya yakin seluruh dunia (pun akan menentang),” katanya.