Penganggur didakwa perdagang tiga wanita warga Indonesia

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memperdagangkan tiga wanita warga Indonesia bagi tujuan pelacuran, bulan lepas.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan itu, Ong Teick Beng, 48, bersama tiga lagi yang masih bebas didakwa memperdagangkan tiga wanita warga Indonesia berkenaan bagi maksud eksploitasi pelacuran dengan menjanjikan pekerjaan sebagai tukang urut kepada mereka di sebuah premis di Laman Rimbunan Kepong, Sentul di sini pada jam 2.45 petang, 30 Oktober lepas.

Iklan
Iklan

Pertuduhan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Habibullah Muhammad Shah mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan manakala peguam Tan Kian Peng memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak bekerja serta menanggung ibu bapa selain menghidap diabetes.

Iklan

Hakim Rosli Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 3 Disember ini untuk sebutan kes. - Bernama

Iklan