Ibu Mohammad Hud dicari

Iklan
Mohd Suhaire mencari waris kandung kepada Mohammad Hud yang ditinggalkan dalam peti pelindung bayi di Orphan Care Foundation dua tahun lalu.

SUNGAI PETANI - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan waris kepada bayi lelaki yang ditinggalkan dalam peti pelindung bayi di sebuah premis jagaan, dua tahun lalu.

Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Mohd Suhaire Akmal Abdullah berkata, bayi yang diberi nama Mohammad Hud itu ditinggalkan pada kira-kira jam 3 petang di Orphan Care Foundation, Taman Ria Jaya di sini, 5 September 2022.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika ditinggalkan, terdapat satu nota yang menyatakan kelahiran sebenar bayi tersebut ialah pada 3 September 2022 pada jam 3.15 petang selain perkataan nama 'Tuah' yang ada dalam tulisan berkenaan.

"Kami menerima maklumat berdasarkan rujukan Hospital Sultan Abdul Halim di mana bayi itu dirawat.

Iklan

"Pada usia dua bulan 28 hari, bayi telah mendapat perintah diserahkan kepada orang layak dan sesuai [Di Bawah Perenggan 30(1)(b) dan Seksyen 30 (8) Akta Kanak-kanak 2001] setelah ibu kandung tidak ditemui," katanya.

Menurut Mohd Suhaire, perintah tersebut bermula 1 Disember 2022 dan akan berakhir pada 1 Disember 2024.

Iklan

"Sekiranya waris kandung masih belum ditemui, proses pengangkatan akan dilaksanakan sebaik sahaja tempoh perintah tamat," katanya.

Jelasnya, Mohammad Hud kini berada dalam jagaan orang yang layak dan sesuai.

Orang ramai yang mengetahui sebarang maklumat berkaitan bayi terbabit, boleh menghubungi Pejabat JKM Daerah Kuala Muda di talian 04-4204900.