MBSA lancar buku panduan kesihatan mental, tingkat usaha integriti dalam warga kerja

Iklan
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim (tiga dari kiri) di majlis pelancaran Buku Pelan Strategik Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab) dan Sambutan Hari Integriti dan Hari Sumber Manusia di Dewan Bankuet, Wisma MBSA pada Rabu.

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor yang melancarkan Buku Pelan Strategik Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab).

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, buku tersebut menjadi pelan utama dalam menjaga kesihatan mental kakitangan kerajaan di MBSA.

Iklan
Iklan

"Bukan sahaja berkenaan kesihatan mental tetapi juga ada mengenai ketahanan diri, pengurusan emosi atau kewangan, disiplin diri serta isu berat yang lain.

"Buku ini merupakan garis panduan dan komitmen ahli Akrab untuk membantu kakitangan MBSA yang mempunyai isu sama ada berkaitan kesihatan mental atau masalah peribadi lain,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian buku tersebut serta Sambutan Hari Integriti dan Hari Sumber Manusia di Dewan Bankuet, Wisma MBSA pada Rabu.

Iklan
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim (tengah) di majlis pelancaran Buku Pelan Strategik Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab) dan Sambutan Hari Integriti dan Hari Sumber Manusia di Dewan Bankuet, Wisma MBSA pada Rabu.

Hadir sama, Tengku Ahmad Tengku Kasim, Pemangku Timbalan Datuk Bandar, Madiyan Baweh dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Pengurusan, Asmah Mohd Zin dan Timbalan Setiausaha Pembangunan MBSA, Aniza Osman.

Iklan

Ujar Mohd Fauzi, program tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menyampaikan kesedaran tentang kesihatan mental tetapi juga untuk mengangkat sikap integriti dalam kalangan warga kerja MBSA.

"Sebagai menyahut seruan kerajaan, MBSA mengambil inisiatif bagi memperkasakan nilai integriti dengan mengadakan sambutan program ini.

"Setiap organisasi boleh melahirkan invididu berkualiti melalui pelbagai cara antaranya penetapan prosedur, syarat, pekeliling dasar, objektif, matlamat, peraturan dan fungsi bagi memastikan kualiti serta matlamatnya tercapai.

"Bagaimanapun, melahirkan organisasi berintegriti memerlukan kerjasama, disiplin, keteguhan dan ketahanan pengaruh serta menolak pemikiran luar yang ‘memberi kepuasan’ dalam masa singkat,” ujarnya.

Jelasnya, MBSA juga mempunyai pelan tindakan bagi memastikan kepatuhan tatakelakuan antaranya Organisasi Anti Rasuah (OACP) dan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) supaya sentiasa mengamalkan mekanisme semak serta imbang.

Menurut beliau, polisi pemberi maklumat atau ‘whistle blowing policy’ juga menjadi salah satu cara dan jaminan untuk memberi pelindungan kepada pemberi atau penyampai maklumat aktiviti salah laku.

"Ketahuilah ia bukan sahaja jaminan pelindungan tetapi juga berperanan sebagai menjaga kerahsiaan pemberi maklumat yang sekiranya didedah boleh menyebabkan kemudaratan kepada mana-mana pihak,” katanya.