Isteri maut, suami parah nahas di Lebuhraya DUKE

Iklan
Mangsa maut di lokasi kejadian di Lebuhraya Duke pagi tadi.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku pada jam 9.30 pagi itu turut melibatkan sebuah lagi motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Iklan
Iklan

"Mangsa yang maut ialah pembonceng motosikal jenis Yamaha Nmax, Norliza Samsuri, 44, manakala suaminya, Mohd Haizrool Hasram Mohd Hashim, 36, cedera parah di paru-paru dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

"Seorang lagi penunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo, Nurulain Hussin, 41, cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati Ford Ranger dari arah tol Sentul menghala ke Jalan Tun Razak yang sedang bergerak di lorong tengah memberhentikan kenderaan kerana kesesakan lalu lintas.

"Pada masa sama, motosikal yang dinaiki pasangan itu telah melanggar bahagian belakang Ford Ranger berkenaan menyebabkan kedua-dua mereka tercampak ke atas jalan.

Iklan

"Seorang penunggang motosikal lain cuba mengelak dan terjatuh di atas jalan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.