Penjawat awam Sarawak terima bantuan kewangan dua bulan gaji

Iklan
Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam Sarawak yang akan dibayar pada bulan depan. Foto hiasan

KUCHING - Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar pada bulan depan.

Abang Johari berkata, pembayaran BKK tersebut akan mengikut gaji pokok terakhir pada November 2024.

Iklan
Iklan

Selain itu, beliau turut mengumumkan BKK berjumlah RM700 kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak dan bantuan tersebut akan dibayar pada suku pertama tahun depan.

"Jumlah keseluruhan implikasi kewangan bagi kedua-dua insentif BKK tersebut dianggarkan RM190 juta,” katanya dalam ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Iklan

Sementara itu, Abang Johari berkata, sebagai tambahan kepada penyelarasan gaji dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai Jan tahun depan, kerajaan Sarawak bersetuju memperkenal dan memberi elaun khas bulanan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak.

"Kadar elaun tersebut ialah RM400 bagi kumpulan pelaksana Gred 1 hingga Gred 4; RM500 bagi kumpulan pelaksana Gred 5 hingga Gred 8; RM600 bagi kumpulan pengurusan dan profesional Gred 9 hingga Gred 15 dan kumpulan pengurusan tertinggi akan menerima sebanyak RM 700,” katanya. - Bernama

Iklan