Tiga motosikal, sebuah kereta musnah terbakar

Iklan
Keadaan motosikal dan kereta terbakar di kawasan parkir Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, di sini, pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Tiga buah motosikal dan sebuah kereta jenis Proton Perdana musnah dalam kebakaran di kawasan parkir Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di sini, pada Selasa.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.58 pagi.

Iklan
Iklan

"Lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta dan tiga buah motosikal.

Iklan

"Kebakaran telah dipadamkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi. Punca kebakaran masih dalam siasatan," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima tiga laporan daripada pemilik dan wakil pemilik motosikal.

Iklan

"Kes masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," ujarnya.