Ahli Parlimen Jelebu bidas MyCC ibarat agensi draconian

Iklan
Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen menyifatkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sebagai sebuah agensi yang draconian iaitu kejam dan keras kerana tidak mempunyai sebarang mekanisme semak dan imbang.

Menurut Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, MyCC dilihat sedemikian kerana keseluruhan siasatan, keputusan dan rayuan atau representasi akan dibuat oleh suruhanjaya itu sendiri, malah MyCC sering membuat kenyataan media terhadap cadangan keputusan yang mana bukan lagi dianggap sebagai satu kesalahan.

Iklan
Iklan

Malah katanya, MyCC seharusnya mempunyai mekanisme semak dan imbang seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menubuhkan lembaga penasihat dan jawatankuasa melalui peruntukan undang-undang.

"Bagaimana pula dengan MYCC? Siapa yang memantau dan menjadi semak imbang terhadap sebarang siasatan dan Keputusan yang dibuat oleh MYCC?

Iklan

"Adakah pihak kementerian dirujuk terlebih dahulu sebelum sebarang Keputusan dibuat? Saya merasakan perlu wujud semak imbang yang lebih baik dan lebih jelas untuk MyCC dalam melaksanakan fungsi-fungsinya,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Peringkat Jawatankuasa Bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Iklan

Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata, MyCC menggalas tanggungjawab yang sukar iaitu berhadapan dengan kartel yang mengawal rantaian bekalan barangan di pasaran.

"Saya mohon menteri, senaraikan apakah kejayaan MyCC dalam menyelesaikan isu kartel yang membelenggu pasaran negara sejak puluhan tahun lalu,” katanya.