Hatrik Fernandes bantu JDT benam KL Rovers

Iklan
Fernandes (kanan) melakukan sepakkan akrobatik untuk gol kedua JDT ketika menentang Kuala Lumpur Rovers, pada perlawanan aksi pertama Pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.

PENYANDANG juara Johor Darul Ta’zim (JDT) menyingkap kempen Piala Malaysia dengan isyarat awal bahawa Harimau Selatan tekad mengekalkan sekali lagi kejuaraan berprestij berkenaan di selatan tanah air.

Perlawanan pertama pusingan 16 menyaksikan Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio tidak berdepan masalah mengatasi kelab Liga Semi Pro A1 Malaysia, Kuala Lumpur Rovers (KL Rovers), 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Rabu.

Iklan
Iklan

Tanpa kelibat Arif Aiman Hanapi yang dikenakan penggantungan tiga perlawanan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ternyata tidak menjejaskan Harimau Selatan apabila Heberty Fernandes mengambil tanggungjawab sebagai pencetak gol dalam perlawanan tersebut.

Biarpun begitu Rovers kendalian Wan Mustaffa Wan Ismail yang tampil dengan status tuan rumah menampilkan tonggak pertahanan Mohd Firdaus Mohd Faudzi mengetuai pasukan berpangkalan di ibu kota berkenaan hampir merobek gawang JDT sebelum dinafikan kecemerlangan penjaga gol, Christian Abad Amat.

Iklan

Fernandes meletakkan Harimau Selatan di depan selepas menyempurnakan sepakan percuma minit ke-26 menewaskan Ahmad Asyraaf Omar, sebelum melebarkan kedudukan dengan gol kedua minit ke-30 hasil penyudah akrobatik selepas menterjemahkan hantaran Corbin Ong bagi memimpin separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Harimau Selatan yang diketuai Safiq Rahim meningkatkan tekanan ke atas Rovers, namun ketumpulan penyudah menyaksikan deretan peluang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

Iklan

Kemasukan dua pengempur Jese Rodriguez dan Jorge Obregon akhirnya berjaya diterjemahkan dengan penyudah berkesan apabila Fernandes meledak gol ketiga minit ke-71 seterusnya hatrik untuk kemenangan 3-0.

PIALA MALAYSIA 2024/25

PUSINGAN 16

PERLAWANAN KEDUA

RABU (27 NOVEMBER)

Sabah FC lwn PT Athletic

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, 8.30 malam)

JUMAAT (29 NOVEMBER)

PDRM FC lwn Negeri Sembilan FC

(Stdm Majlis Perbandaran Selayang, 8.30 malam)

Terengganu FC lwn Melaka FC

(Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 malam)

SABTU (30 NOVEMBER)

Perak FC lwn Kelantan Darul Naim FC

(Stdm Majlis Perbandaran Manjung, 4 petang)

Kuching City lwn Penang FC

(Stdm Negeri, 7.30 malam)

Johor Darul Ta’zim (3) lwn (0) Kuala Lumpur Rovers

(Stdm Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 8.30 malam)

AHAD (1 DISEMBER)

Selangor FC lwn Sri Pahang FC

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 8.30 malam)

Kuala Lumpur City lwn Kedah Darul Aman

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, 9 malam)

*Tarikh, masa venue tertakluk pindaan Liga Bolasepak Malaysia

* Dalam kurungan perlawanan timbal balik pertama