Media sepatutnya bebas - Chamil

Iklan
Chamil

SHAH ALAM - Cadangan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) termasuk mengembalikan keperluan pembaharuan lesen setiap tiga tahun serta meluaskan takrifan penerbitan kandungan digital tidak akan membantu mewujudkan iklim kebebasan media yang sebenar.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya berkata, apabila lesen diwujudkan semula, keupayaan media memainkan peranan penting terhadap semak dan imbang bidang kuasa eksekutif, legislatif serta kehakiman negara akan tersekat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, media sepatutnya bebas daripada cengkaman atau kongkongan mana-mana pihak terutamanya pentadbiran kerajaan.

"Pendirian saya, Pakatan Harapan (PH) dah berjanji nak mansuhkan akta ini sebagai satu mekanisme untuk memastikan media mempunyai kebebasan menjalani proses semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan.

Iklan

"Tugas mengawal selia media pula diserahkan kepada Majlis Media Malaysia (MMC) yang juga janji PH untuk menubuhkannya. Dari segi prinsip, mansuh dan pindahkan aspek kawalan media kepada MMC,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan ingin membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, namun ia membangkitkan rasa kurang senang dalam kalangan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) serta Gerakan Media Merdeka (Geramm).

Iklan

Sementara itu, Chamil yang merupakan Pengarah VOA Media Network berpandangan, Kerajaan Madani dilihat tidak serius dalam melaksanakan reformasi media seperti dijanjikan sewaktu mereka duduk di kerusi pembangkang dahulu.