Empat maut kereta terbabas rempuh penghadang jalan

Iklan
Empat maut dalam kemalangan berhampiran IOI Putrajaya, pada Khamis. Foto: Bomba Selangor

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Empat termasuk dua wanita disahkan maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas merempuh penghadang jalan berhampiran IOI Conezion Putrajaya, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dimaklumkan kemalangan itu yang berlaku kira-kira jam 1 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva.

"Apabila sampai di lokasi, kereta dipandu mangsa lelaki berusia 24 tahun hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang jalan.

Iklan

"Kemalangan mengakibatkan pemandu dan tiga penumpang berusia 24 hingga 41 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, keempat-empat mayat telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Iklan

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 017-9076260.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya kemudian telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Kata beliau, kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.