Mohd Azmawi Fikri angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri

Iklan
Mohd Azmawi Fikri yang mengangkat sumpah di Kota Darulnaim pada Khamis.

KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mengangkat sumpah jawatan pada Persidangan kali ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim di sini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Mohd Azmawi Fikri, 38, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Saya dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai ahli itu dengan sedaya upaya saya bahawa saya akan bersetiawan dan akan bertaat setia dengan sebenarnya kepada negeri Kelantan dan bahawa saya akan memelihara, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan negeri Kelantan.

Mohd Azmawi Fikri

Iklan

"Adalah saya bersumpah bahawa saya akan bersetiawan dan akan bertaat setia dengan sebenarnya kepada kebawah duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan dan kepada waris-waris gantinya menurut undang-undang,” kata Mohd Azmawi Fikri yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan.

Beliau daripada Barisan Nasional (BN) memperoleh 9,091 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mewakili Perikatan Nasional, Mohd Rizwadi Ismail pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri 17 Ogos lalu.

Mohd Azmawi Fikri (dua dari kanan) berdoa tanda syukur atas kemenangan pada PRK Nenggiri lalu.

Iklan

Mohd Azmawi Fikri menang dengan majoriti 3,352 undi sekali gus membolehkan BN merampas kembali kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Mohd Azizi Abu Naim (Bersatu).

PRK itu diadakan selepas Mohd Azizi hilang keahlian Bersatu dan terlucut dari jawatan sebagai ADUN Nenggiri selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.