149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021

Iklan
Saifuddin Nasution.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data itu berdasarkan perangkaan daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan
Iklan

Menurutnya, Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah kesalahan memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah dan menyebabkan kematian.

"Jika disabitkan dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun serta denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000.

Iklan

"Manakala Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan kesalahan memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah dan menyebabkan kecederaan jika disabitkan kesalahan dihukum penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000," katanya dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) mengenai jumlah kes melibatkan pemandu mabuk yang didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh 2021 sehingga 2024 dan inisiatif kerajaan dalam membantu mangsa serta waris terkesan.

Iklan

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution menjelaskan bagi kes kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk, PDRM bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan trafik dan menjalankan siasatan dengan telus serta adil kepada semua pihak terlibat.

"Ia demi memastikan mangsa dan waris mangsa mendapat pembelaan sewajarnya dan pihak yang bersalah dibawa ke muka pengadilan," katanya.