MRSM perlu cari mekanisme terbaik bantu anak B40

Iklan
Amiruddin (dua, kiri) melihat surat tawaran kemasukan MRSM diterima Nurul Syafika Mohd Asri di Kampung Seberang Paya Empa.

POKOK SENA - Mekanisme terbaik perlu dicari bagi memastikan anak golongan berpendapatan rendah (B40) tidak menolak tawaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atas alasan kurang berkemampuan.

Ahli Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, beliau menerima maklumat ada anak keluarga B40 menolak tawaran itu kerana ketidakmampuan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, difahamkan, kira-kira 60 hingga 70 peratus kuota kemasukan pelajar baharu ke MRSM diberikan Majlis Amanah Raya (MARA) kepada pelajar dari keluarga B40.

"Kita khuatir ada keluarga ambil keputusan menolak tawaran dan tidak melanjutkan pengajian ke MRSM disebabkan tidak mampu, sedangkan dia mungkin boleh minta pengecualian bayaran tertentu kemudian.

Iklan
"Jadi, kita berharap dan mencadangkan MARA dapat mempertimbangkan supaya dapat memberi tawaran kemasukan berserta pengecualian apa yang patut kepada pelajar daripada keluarga B40 ini," katanya.

Dengan ini, pelajar daripada golongan terlibat dapat masuk ke MSRM tanpa perlu memikirkan kos tertentu yang perlu disediakan setelah memperolehi pengecualian.

Amiruddin berharap akan ada mekanisme terbaik bagi menangani isu menolak tawaran ke MRSM hanya disebabkan tidak mampu.

Iklan
"Saya akan gunakan saluran yang sepatutnya, contohnya MARA melalui Majlis MARA yang mana kita akan sampaikan perkara ini untuk dibincangkan. Mungkin, MARA akan buat keputusan sewajarnya," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata, ada peruntukan yang disediakan di bawah kementerian dan ia akan diberikan mengikut saluran yang digunakan.

Amiruddin yakin, pelajaran adalah pelaburan paling tuntas untuk membantu golongan berkenaan keluar dari golongan B40 dan memasuki kelas pertengahan.