[VIDEO] Anwar kesal tuduhan iktiraf Israel, lantang suarakan isu genosid

Iklan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakaman video wawancara bersama media antarabangsa CNN mengenai pandangannya terhadap negara haram Israel diambil luar konteks.

Beliau berkata, pendirian Malaysia kekal iaitu tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara tersebut dan telah menyuarakan kezaliman rejim Israel terhadap Palestin di pelbagai platform antarabangsa.

Iklan
Iklan

"Dari zaman Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama), Malaysia tidak iktiraf Israel hingga sekarang. Jadi dibezakan antara pengiktirafan ‘de facto’ yang saya sebut, ya, kalau iktiraf dia 'de facto' mana-mana negara yang diiktiraf 'de facto' tidak boleh diserang.

"Jadi sebab itu mana-mana negara kalau ‘de facto’ dia boleh pertahankan, lepas itu kalau dengar saya dalam konteks, saya serang Israel habis-habisan.

Iklan

"Tidak tahu apa lagi cara saya boleh buat, di Riyadh (Arab Saudi), Lima (Peru) dan Rio de Janeiro (Brazil), suara Malaysia paling keras. Jadi sebab itu, saya tidak faham mengapa perkara ini dipolitikkan sedangkan kalau tahu, rakan-rakan saya di depan (pembangkang), kerajaan dulu pesawat Israel pun boleh masuk," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Anwar ketika sidang Dewan Rakyat pada Khamis

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufi Johari (PH - Sungai Petani) mengenai salah tanggapan dalam kalangan masyarakat dan pihak pembangkang berhubung video pendek wawancara Anwar bersama hos agensi media antarabangsa CNN, Richard Quest, baru-baru ini.

Iklan

Dalam pada itu Anwar menjelaskan, beliau tidak mahu berbalah mengenai dakwaan tersebut, malah menganggap ia hanya permainan politik.

"Kalau tak setuju satu dua perkataan, tidak mengapa, saya tidak mahu berbalah mengenai perkara itu.

"Tetapi tidak benar untuk dikaitkan dan menghina dalam keadaan kita berperang dalam isu ini. Ini bukan isu politik, ia isu yang lahir daripada keyakinan kita dan perjuangan selama berpuluh-puluh tahun," ujarnya.