Polis, TNB potong bekalan elektrik 10 premis judi online

Iklan
10 premis judi online di sekitar daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan pemotongan bekalan elektrik ke atas 10 premis judi dalam talian di sini pada Rabu.

Iklan
Iklan

Ops Dadu Khas bermula jam 9.30 pagi itu dilaksanakan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama Balai Polis Tun H S Lee.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, tindakan pemotongan elektrik dilakukan di bawah Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi tujuan mengelakkan premis terbabit aktif menjalankan aktiviti perjudian semula.

Iklan

"Semasa pemotongan bekalan elektrik didapati premis tidak berpenghuni dan operasi dijalankan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas mengenai modus operandi premis judi terbabit, beliau berkata, hanya pelanggan tetap dibenarkan masuk selain premis yang diawasi kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu besi bagi menyukarkan dikesan pihak berkuasa.

10 premis judi online di sekitar daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik, pada Rabu.

Iklan

Tambahnya, nilai pertaruhan yang ditawarkan bergantung kepada pelanggan.

Tegasnya, masyarakat diminta memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti perjudian dalam usaha membanteras kegiatan terbabit.

Jun lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan semua pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat negeri dan daerah melakukan penguatkuasaan secara menyeluruh bagi membendung aktiviti perjudian di kawasan masing-masing.