Malaysia mahu arkitektur kewangan antarabangsa diubah bagi perdagangan adil - PM

Iklan
Anwar pada Persidangan Dewan Rakyat, Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia telah memaklumkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai cadangan agar arkitektur kewangan antarabangsa (IFA) diubah bagi menyokong perdagangan bebas tanpa diskriminasi ke atas negara-negara kecil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibangkitkan ketika beliau menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru, Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Brazil serta Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Arab Saudi, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Aliran ‘protectionism’ (dasar perlindungan) telah bermula, sedangkan negara-negara (G20) ini pada peringkat awal adalah negara yang membawa prinsip perdagangan bebas.

"Oleh itu, kita telah mengusulkan pada IMF (supaya) ada perubahan terhadap arkitektur kewangan antarabangsa dan juga WTO untuk menyokong perdagangan bebas tanpa diskriminasi ke atas negara-negara kecil,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mengenai isu utama yang dibangkitkan pada APEC dan G20 serta manfaatnya kepada Malaysia.

Menjelaskan selanjutnya, Perdana Menteri berkata, meskipun bukan anggota G20, Malaysia sebaliknya telah diminta untuk mengetengahkan pandangan mengenai beberapa isu yang menyaksikan Malaysia di barisan hadapan dalam menyuarakannya.

Iklan

"Pertama, (perkara berkaitan) membasmi kebuluran dan kemiskinan manakala kedua bagi usaha memerangi rasuah.

"Mereka minta kita beri sokongan dan jawatankuasa yang akan diwujudkan akan mengambil kira peranan Malaysia walaupun bukan ahli G20,” kata beliau.

Perdana Menteri selamat tiba di tanah air semalam selepas mengadakan lawatan ke empat negara iaitu Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil bermula 9 November hingga 19 November, lepas. - Bernama