Tindakan kerajaan, Bestinet kurang cermat - PAC

Iklan
Mas Ermieyati ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan menandatangani kontrak Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) dengan Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) pada September lalu adalah langkah kurang cermat ekoran caj bayaran yang dikenakan tinggi selain akan membebankan majikan serta pekerja asing.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, keputusan untuk menandatangani kontrak tersebut dimaklumkan kepada jawatankuasa itu dalam prosiding tindakan susulan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bagi Syor-Syor Laporan PAC Parlimen berhubung sistem terbabit diadakan 6 November lalu, berdasarkan Arahan Perbendaharaan 304 (b) pindaan 2023.

Iklan
Iklan

"Dalam laporan tindakan susulan ini, PAC memberikan ulasan pada setiap maklum balas yang diberikan KDN dan Kesuma terhadap lima syor yang dikemukakan jawatankuasa ini.

Dalam pada itu Mas Ermieyati memaklumkan, pihaknya akan memanggil Jawatankuasa Induk FWCMS yang dipengerusikan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta tiga ahli jawatankuasa induk, termasuk Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican; Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman; KSU Kesuma, Datuk Azman Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, Dr Faziah Abu Bakar.

Iklan

Menurut beliau, prosiding tersebut diadakan bagi mengetahui maklum balas KDN dan Kesuma terhadap lima syor yang dikemukakan PAC dalam laporan mengenai isu berkenaan yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 3 Julai lalu.

Sementara itu mengulas tindakan memanggil pihak terlibat, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah menjelaskan, ia penting untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai tindakan kerajaan menandatangani kontrak dengan syarikat berkenaan.

Iklan

"Keterangan dan penjelasan daripada Jawatankuasa Induk FWCMS ini penting bagi PAC mendapatkan justifikasi terhadap keputusan kerajaan menandatangani kontrak perjanjian sistem berkenaan dengan Bestinet," ujarnya.