Kontraktor cemerlang dipertimbang projek seterusnya - Nanta

Iklan
Alexander (tiga dari kanan) turut bersama-sama membersihkan bahagian tepi jalan sempena Program CSR Bersama KKR, JKR dan Konsesi Jalan Persekutuan Bagi Kesiapsiagaan MTL di Jalan FT005 Jalan Jelapang-Ipoh-Ayer Tawar dekat Seri Iskandar di Parit pada Khamis.

PARIT - Kontraktor yang cemerlang dalam melaksanakan projek-projek Kementerian Kerja Raya (KKR) wajar diberikan peluang untuk projek seterusnya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah diminta menyiapkan laporan prestasi kontraktor yang cemerlang supaya boleh dimasukkan dalam senarai kontraktor berwibawa untuk dipertimbangkan bagi projek-projek pada masa hadapan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia sebagai tanda menghargai mereka yang menepati masa dan memastikan projek sempurna.

"Bukan semestinya kita bagi pada mereka, itu terpulang kepada syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebab melalui tender terbuka ini kita juga melihat kepada harga yang dibida.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika hadir Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bersama KKR, JKR dan Konsesi Jalan Persekutuan Bagi Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut (MTL) di Jalan FT005 Jalan Jelapang-Ipoh-Ayer Tawar dekat Seri Iskandar di sini pada Khamis.

Sementara itu mengenai CSR itu, Alexander berkata, lokasi tersebut dipilih kerana lokasi sering berlaku banjir kilat apabila hujan lebat luar biasa.

Iklan

Katanya, selain daripada menampung air larian permukaan jalan, longkang-longkang ini turut menampung air daripada pembangunan lama yang berada di kiri kanan jalan.

Jelasnya, program seumpama itu bukan sahaja di Perak tetapi turut dilaksanakan di negeri lain berikutan peralihan MTL.

Beliau berkata, program tersebut dilaksanakan oleh syarikat konsesi sebagai menyumbang semula hasil perniagaan mereka kepada masyarakat.