PUTRAJAYA - Malaysia dan Vietnam telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor termasuk pertahanan, marin, digital tenaga, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, kerjasama itu juga akan memanfaatkan Grid Tenaga ASEAN bagi menggalakkan pertumbuhan serantau.
Iklan
Iklan
"Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, To Lam menunjukkan sokongan yang amat baik dan begitu juga dengan pemimpin di Vietnam.
"Oleh itu, kita akan pastikan kita akan memudahkan kerjasama dalam semua bidang iaitu pertahanan, marin, digital dan tenaga menerusi Grid Tenaga ASEAN,” katanya dalam sidang media bersama selepas mesyuarat dua hala antara kedua-dua pemimpin di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Terdahulu, Anwar dan Lam menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman bagi Meningkatkan Promosi Perdagangan antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Agensi Promosi Perdagangan Vietnam (Vietrade) serta Memorandum Kerjasama antara Petronas dan PetroVietnam dalam bidang tenaga boleh diperbaharui.
AKAN MENYUSUL