Pemuda Pas desak dedah syarikat tanggung kos lawatan PM

Iklan
Afnan Hamimi ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendesak kerajaan mendedahkan kepada umum senarai nama syarikat yang menanggung kos perjalanan bagi lawatan kerja rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara.

Beliau berkata, umum juga perlu mengetahui sekiranya terdapat sebarang pulangan perniagaan (ROI) yang berjaya diperolehi oleh syarikat-syarikat berkenaan.

Iklan
Iklan

"Berapakah jumlah sebenar kos yang ditanggung oleh setiap syarikat dan nyatakan pecahan perbelanjaan mengikut syarikat terbabit.

"Apakah bentuk tatakelola yang diamalkan bagi mengelakkan unsur salah guna kuasa dan rasuah jika syarikat terlibat mendapat peluang perniagaan dari kerajaan," katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen, pada Khamis.

Iklan

Sebelum ini Anwar memaklumkan, kira-kira 70 hingga 80 peratus kos melibatkan perjalanan dan lawatan rasmi ke lima negara ditanggung oleh syarikat swasta yang mengikuti urusan itu.

Perdana Menteri menjelaskan, pendekatan tersebut dilaksanakan di bawah pentadbirannya untuk memastikan perbelanjaan membiayai lawatan rasmi ke luar negara diuruskan secekap mungkin.

Iklan

Dalam pada itu Afnan Hamimi turut menuntut penjelasan mengenai jumlah keseluruhan pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta yang terlibat dalam rombongan rasmi yang ditanggung oleh dana syarikat terlibat.

Ia berikutan sebelum ini Anwar pernah membatalkan satu lawatan ke luar negara melibatkan 68 orang pegawai kerajaan kerana dikatakan membazir.

"Bagaimana pula dengan lawatan pada kali ini. Adakah kos perjalanan melibatkan anakanda Perdana Menteri (Nurul Izzah) juga ditanggung oleh syarikat berkenaan.

"Jika jawapannya Ya, berapakah jumlah perbelanjaannya," katanya.