Kawasan industri di Kedah perlukan asrama pekerja asing

Iklan
Muhammad Sanusi meninjau keadaan CLQ Kulim, pada Khamis.

KULIM - Semua kawasan industri di Kedah yang mempunyai pekerja asing perlu menyediakan Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) bagi mewujudkan suasana kondusif dan sistematik sekali gus mengelakkan masalah sosial dan rungutan awam.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia juga bertujuan memenuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Iklan
Iklan

"Pada masa hadapan, kita perlukan lebih banyak CLQ di semua kawasan industri (seperti) di Bukit Kayu Hitam, Padang Terap dan Gurun di mana yang perlukan penginapan kita akan tentukan depa bina CLQ.

"Dulu masa Covid-19, isu pekerja berhimpit-himpit mendatangkan bahaya," katanya ketika merasmikan CLQ di Kulim pada Khamis.

Iklan

Muhammad Sanusi berkata, usaha mewujudkan penginapan pekerja berkualiti dan selesa adalah salah satu ketetapan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di mana Malaysia antara negara berdaftar sebagai anggota ILO sejak 1957.

Muhammad Sanusi (tengah) ketika merasmikan CLQ Kulim, pada Khamis.

Katanya, penyediaan penginapan pekerja kondusif ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampam (SDGs).

Iklan

"Ini disebabkan perbezaan budaya dan latar belakang, justeru kewujudan asrama yang sistematik seperti ini amat diperlukan," katanya.

Difahamkan, CLQ Kulim yang dibangunkan oleh Beaver Properties dan diuruskan Kujaya Management Sdn Bhd mampu menampung kapasiti sehingga 4,784 orang pekerja di mana fasa satu boleh memuatkan 2,560 pekerja dan fasa dua sebanyak 2,224 pekerja.

Terdahulu, sebelum lawatan ke CLQ, Muhammad Sanusi turut merasmikan sebuah kilang pembuatan yang baharu, CKD Malaysia di Kulim Hi Tech Park.