Ahli Parlimen bimbang lambakan barangan murah asing

Iklan
Khoo Poay Tiong

MELAKA - Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong melahirkan kebimbangan terhadap lambakan barangan murah asing yang memasuki pasaran negara ini.

Beliau berkata, situasi itu telah memberi kesan serius dan tekanan hebat kepada industri tempatan malah menggugat kelangsungan sektor strategik negara seperti besi keluli, jubin seramik lantai dan jubin dinding.

Iklan
Iklan

Menurutnya, memberikan lima cadangkan kepada kerajaan termasuk memperkemas dasar antilambakan sedia ada dengan melaksanakan siasatan yang lebih cekap, telus, dan berkesan.

Katanya, penggunaan teknologi canggih seperti analisis data besar dan kecerdasan buatan (AI) wajar dimanfaatkan bagi memantau trend import dan mengesan ancaman lambakan dari sejak awal.

Iklan

"Kerajaan dicadang menyokong Sektor Strategik Industri yang paling terkesan seperti besi keluli dan jubin seramik memerlukan perlindungan khas.

"Kerajaan juga disaran menyediakan pelbagai insentif seperti perlindungan tarif, potongan cukai, akses pembiayaan yang mudah dan galakan eksport untuk memastikan sektor ini terus berdaya saing dan kukuh di pasaran tempatan serta global," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Iklan

Tambahnya, Undang-Undang Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 perlu dikaji semula agar lebih relevan dengan persekitaran perdagangan moden.

Ujarnya, selain itu Diplomasi Perdagangan Malaysia mesti memainkan peranan lebih aktif di platform perdagangan serantau dan antarabangsa.

"Kerajaan digesa membuka rundingan dengan negara asal produk lambakan untuk mencari penyelesaian jangka panjang.

"Sekali gus memimpin kerjasama serantau, khususnya di kalangan negara ASEAN, bagi menangani isu ini secara kolektif," katanya.