Saksi kemalangan guru al-Quran kongsi keadaan jenazah bersih tanpa darah

Iklan
Muaz terlibat dengan kemalangan jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Gambar kecil: Muaz

SHAH ALAM - Saksi kemalangan maut melibatkan seorang guru al-Quran, Muaz Abdullah, 25, mendedahkan jenazah tenaga pengajar itu ditemui dalam keadaan bersih tanpa berlumuran darah walaupun berlaku perlanggaran kuat.

Kakak mangsa, Hajar Abdullah berkata, insiden yang menimpa Muaz itu diceritakan saksi kejadian kepada bapanya.

Iklan
Iklan

Menurut Hajar, Muaz meninggal dunia di tempat kejadian selepas pulang mengajar mengaji di masjid pada Selasa.

"Seorang ‘runner’ yang mengangkat jasad adik bongsu memberitahu kepada ayah bahawa jenazah Muaz bersih, tiada darah kecuali di dagu. Itu pun hanya kelihatan cedera ringan.

Iklan

"Kata orang yang sempat menyaksikan (insiden), dia (Muaz) seperti sedang tidur, kematiannya mudah dan cepat sahaja pergi (meninggal dunia) serta pertama kali menyaksikan kemalangan tidak berdarah walaupun berlaku hentaman kuat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Mengulas lanjut mengenai kemalangan itu, Hajar memberitahu bahawa dia sama sekali tidak mengetahui kemalangan maut menimpa Muaz sehingga terdapat satu hantaran di Facebook memaklumkan insiden tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut menyifatkan pemergiaan Muaz sebagai satu kematian yang sangat dicemburukan kerana begitu banyak kebaikan disebut selepas kematiannya

Kongsi Hajar, selepas jenazah dimandikan di hospital, datang seorang wanita menyapa dan berkongsi kebaikan dilakukan Muaz terhadap anaknya.

"Wanita itu beritahu bahawa Muaz seorang lelaki yang sangat baik, tidak pernah meninggikan suara kepada budak-budak malah mereka seronok belajar dengannya.

"Bukan itu sahaja, saya juga saksi begitu ramai orang hadir untuk solat jenazah. Bukan sekali disolatkan, bukan dua kali tetapi tiga kali,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ramai ulama termasuk imam dari Palestin, guru-guru, sahabat datang memenuhi surau untuk melihat perjalanan terakhir adiknya itu.

"Pengakhiran kau begitu baik, Muaz. Tenanglah kau di alam sana. Insya-ALLAH, kita akan bertemu lagi. Kakak di sini, tidak tahu lagi pengakhiran kehidupan bagaimana.

"Moga ALLAH mencucuri rahmat ke atasmu wahai Muaz Abdullah. Moga roh adik dalam kalangan mereka yang beriman dan bertakwa. Kakak rindu Muaz,” jelasnya.