5 individu dicari bantu siasatan kes kawalan bekalan diesel

Iklan
KPDN Kelantan mencari lima individu bagi membantu siasatan kes berkaitan kawalan bekalan minyak diesel.

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mencari lima individu bagi membantu siasatan kes berkaitan kawalan bekalan minyak diesel.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, mereka ialah Afiq Hazwan Azmi, 24, Mohd Salman Hassan, 29, Mohd Shaifuddin Hassan,45, Mohd Nor Othman@Salleh, 36, dan Tan Chak Kee, 55.

Iklan
Iklan

"Kesemua mereka yang dikehendaki terbabit merupakan warga tempatan dan beralamat di negeri ini.

"Mereka dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Iklan

Menurut Azman, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi pejabat KPDN Kelantan atau melaporkannya kepada pihak berkuasa dengan segera.

"Maklumat boleh juga disalurkan terus dengan menghubungi pegawai penyiasat KPDN negeri Kelantan di talian 019-6556497,” katanya.

Iklan

Dalam kes berkaitan pada 13 November lalu, seorang pemilik lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memiliki 3,399 liter minyak diesel tanpa lesen dan gagal mengemukakan maklumat atau dokumen berhubung bahan api itu.

Rosli Hassan, 64, didakwa memiliki barang kawalan iaitu minyak diesel sebanyak 3,399 liter yang dijumpai dalam lori tangki milik tertuduh di Jalan Kampung Gong Kala Sungai Petai, Pasir Puteh pada 5 pagi, 2 Februari lepas.