Covid-19 diramal berakhir April ini

Iklan
Nanshan meramalkan penularan wabak Covid-19 yang memuncak di China bulan ini diramal berakhir pada April depan. - FOTO: Reuters

GUANGZHOU - Kerajaan China meramalkan penularan wabak novel Coronavirus (Covid-19) yang memuncak di China bulan ini diramal berakhir pada April depan.

Kenyataan itu didedahkan oleh Penasihat Perubatan Kerajaan China, Zhong Nanshan yang memberitahu, perkara tersebut berdasarkan hasil penilaian terbaharu mengenai virus yang sudah merebak ke seluruh dunia itu.

Iklan
Iklan

Nanshan yang juga Pakar Epidemiologi berkata, perkara itu adalah hasil penilaian terbaharu wabak tersebut yang kini menunjukkan penurunan di beberapa tempat.

"Jumlah kes jangkitan baharu semakin turun secara perlahan-lahan. Saya yakin bahawa virus ini lambat-laun akan pulih susulan jumlah kes baharu semakin menurun di beberapa tempat.

Iklan

"Bagaimanapun, koronavirus dijangka mencapai kemuncaknya pada pertengahan atau akhir Februari ini, kemudian angkanya mendatar dan semakin menurun berdasarkan ramalan model matematik seiring tindakan proaktif kerajaan.

"Sepanjang tempoh ini, ramai yang akan kembali ke bandar. Ada juga yang bimbang jika ia akan kembali meletus ke kemuncaknya tetapi pada pandangan saya, ia tidak akan ada kemuncak lebih tinggi,” lapor Reuters.

Iklan

Dalam pada itu, beliau yang dikenali berikutan kejayaannya memerangi wabak sindrom pernafasan akut teruk (SARS) pada 2003 turut gembira kerana terdapat pengurangan secara beransur-ansur dalam kes baharu di wilayah selatan Guangdong, Zhejiang serta tempat lain.

Menurutnya, tindakan China mengambil langkah-langkah yang belum pernah dilakukan sebelum ini untuk mengelak kawasan yang dijangkiti dan mengehadkan laluan penghantaran merupakan satu tindakan yang terbaik.

"Setakat ini, data China menunjukkan kadar pemulihan Covid-19 agak rendah dengan kurang 10 peratus pesakit disahkan bebas jangkitan dan berharap agar beberapa langkah perlu dilakukan bagi mengelak kejadian lebih buruk,” katanya.

Beliau berkata, perniagaan haiwan-haiwan liar perlu dihentikan selain memperhebat kerjasama antarabangsa dalam teknologi kebersihan, meningkatkan operasi pusat kawalan penyakit dan sistem sentri global untuk memberi amaran tentang wabak berbahaya.