6 platform ekonomi gig gesa tangguh bentang RUU Pekerja Gig

Iklan
Enam platform utama ekonomi gig di Malaysia gesa kerajaan tangguh cadangan bentang RUU Pekerja Gig yang dijadual pada Disember ini.

SHAH ALAM - Sebanyak enam platform utama ekonomi gig di Malaysia menggesa kerajaan menangguhkan cadangan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang dijadual pada Disember ini.

Foodpanda, GoGet, Grab, Halo Delivery, Kiddocare dan Lalamove menerusi satu kenyataan memaklumkan, penangguhan itu bagi memberi ruang kepada pihaknya berdialog dengan kerajaan untuk memastikan rangka kerja yang menyeluruh demi manfaat pekerja sektor berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sebagai pemegang taruh utama dalam ekonomi gig di Malaysia, kami mengiktiraf usaha kerajaan dalam melaksanakan inisiatif ini. Namun, pemain industri iaitu kami dan pekerja gig tidak dirujuk dalam proses merangka RUU ini.

"Setakat ini kami juga tidak menerima draf penuh cadangan pindaan ini, tambahan pula proses maklum balas (yang diberikan) terhad. Jadi, kami bimbang RUU ini tidak memanfaatkan semua aspek ekonomi gig.

Iklan

"Kami kekal komited untuk mengadakan libat urus melalui dialog bersama kerajaan bagi menjayakan objektif yang diinginkan dan akhirnya memberi manfaat"Jadi, kami percaya, dengan mengadakan dialog bersama kerajaan dan melanjutkan tempoh masa sebelum RUU dibentang akan membantu merealisasikan usaha untuk memberikan manfaat kepada pekerja ekonomi gig ini,” kata kenyataan bersama itu pada Khamis.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman sebelum ini dilapor berkata, satu draf RUU mengenai kumpulan pekerja sektor ekonomi gig akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini.

Iklan

Menurutnya, Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenai cadangan menggubal akta baharu khusus untuk pekerja industri berkenaan sudah disediakan dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemah Menteri pada 12 Julai lalu.