Wanita maut dalam perjalanan ziarah keluarga sakit

Iklan
Seorang wanita maut manakala dua anaknya cedera selepas telibat dalam kemalangan. Foto: Polis

DUNGUN - Seorang wanita maut manakala dua anaknya cedera selepas telibat dalam kemalangan di Kilometer 341.2 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini pada Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.23 pagi itu menyebabkan mangsa, Wan Asliza Wan Abdullah Sani, 44, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian leher.

Iklan
Iklan

Sementara itu, dua anaknya, Wan Nur Nisa Qistina Wan Zulfan, 20 dan Muhammad Ayyash Mikael Nordin yang berusia satu tahun enam bulan hanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, semasa kejadian tiga beranak tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan, Pahang menuju ke Kota Bahru, Kelantan untuk menziarahi seorang waris yang sakit.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir menyatakan mangsa dipercayai tercampak keluar dari tempat duduk kenderaan yang dipandunya ke dalam pembentung konkrit di tepi lebuh raya.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa keluar oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka sebelum diserahkan kepada polis," katanya.

Iklan

Maizura berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut manakala dua anaknya turut dibawa ke hospital sama bagi menerima rawatan.

"Kes disiasat di bawah sekyen 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.