Lapan maut MPV dinaiki bertembung pacuan empat roda

Iklan
Lapan orang termasuk tujuh warga asing maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kawasan berhampiran Sebanyak, Pan Borneo Jalan Sarikei-Sibu, kira-kira 20 kilometer dari Sarikei, petang tadi.

SIBU - Lapan orang termasuk tujuh warga asing maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kawasan berhampiran Sebanyak, Pan Borneo Jalan Sarikei-Sibu, kira-kira 20 kilometer dari Sarikei, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, kesemua mangsa yang maut menaiki Perodua Alza manakala pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda mengalami kecederaan.

Iklan
Iklan

"Sebaik menerima panggilan pada 3.40 petang, pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei dengan kekuatan sembilan anggota dan jentera digerakkan ke lokasi.

"Terdapat dua mangsa menaiki pacuan empat roda telah dikeluarkan oleh orang awam dan diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Iklan

Jurucakap itu berkata, dua mangsa tercampak keluar daripada Perodua Alza manakala enam lagi tersepit di dalam kenderaan dan kesemuanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM di lokasi.

"Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Bernama

Iklan