Adakah geopolitik pengaruhi 2025?
Iklan
DI KALA dunia mula keluar daripada pandemik Covid-19, berlaku gangguan rantaian bekalan disebabkan pertambahan permintaan barangan yang mendadak. Ini menyebabkan harga barangan melambung dan menyebabkan kenaikan kadar inflasi.
Apabila gangguan ini mula mereda, tentera Rusia pula memasuki Ukraine. Sebagai tindak balas, negara-negara Barat (AS) yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah mengambil tindakan dagang termasuk menyekat eksport gas Rusia ke Eropah.