Kedah tingkat promosi tarik pelancong dari Thailand
Iklan
Mohd Salleh (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara Azmi (dua dari kiri) dan Rose (dua dari kanan) di Park Avenue Hotel pada malam Khamis - Foto: Tourism Kedah
SUNGAI PETANI - Kerajaan Kedah akan meningkatkan promosi dan kerjasama untuk menarik pelancong dari negara jiran Thailand melancong ke Kedah bersempena Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK 2025)
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Keusahawanan, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, Tourism Kedah akan bertindak sebagai sekretariat yang menghubungkan pemain industri tempatan dengan pemain industri Thailand.
Iklan
Iklan
Beliau berpandangan, Kedah mempunyai banyak persamaan dengan Thailand khususnya wilayah Selatan dari segi sejarah, budaya dan makanan.
"Kita banyak berkongsi dari ciri-ciri budaya dengan negara jiran, malah banyak persamaan dari segi sejarahnya, makanan dan juga budayanya.
Iklan
"Bagaimanapun, sebelum ini tidak banyak promosi untuk pelancongan Kedah di selatan Thailand, tetapi kini kami memulakan kempen agresif untuk TMK 2025,"katanya.
Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pengendali Hotel Park Avenue Hotel, UG Property dan Akademi Dwibahasa Hatyai oleh Sekolah Yayasan Sangrateepwittaya pada malam Khamis.
Iklan
MoU itu ditandatangani Pengurus Besar Park Avenue Hotel, Azmi Rahman dan wakil Akademi Dwibahasa Hatyai, Rosee Baikadem.
Turut hadir, Pengurus Besar Kedah Tourism, Azlizam Jaafar Sidik dan Pengurus Besar (Promosi) Kedah Tourism, Roslan Othman.
Dalam pada itu, Mohd Salleh berkata, Kedah akan memberi fokus untuk melibatkan pemain pelancongan di Hatyai sehingga Satun untuk mempromosikan pakej pelancongan di negeri ini.
Menurutnya, sekumpulan individu terdiri daripada pempengaruh, agensi pelancongan, wakil daripada agensi kerajaan Thailand telah menyertai lawatan suai kenal selama dua hari untuk melawat penempatan masyarakat Siam dan produk pelancongan Islam di Kedah melalui MoU tersebut.
"Mereka memberi maklum balas yang sangat baik selepas melawat tokong Siam, kolam air panas Ulu Legong dan diikuti dengan lawatan ke tarikan pelancongan Islam di Kedah, seperti Masjid Al-Busyra Merbok," katanya.
Beliau berkata, mereka melihat terdapat keunikan produk pelancongan di Kedah boleh dibawa kepada pelancong Thailand untuk bermalam dan melancong di negeri ini sekali gus menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat untuk mempromosikan produk pelancongan Kedah di Thailand.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam