KPN catat prestasi cemerlang

Iklan
Semangat patriotisme merupakan nadi kepada kebebasan, kemerdekaan, kestabilan dan kemajuan sesebuah negara.

SHAH ALAM - Iltizam Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memberikan sepenuh komitmen dalam memperkukuhkan perpaduan nasional dengan mewujudkan platform integrasi yang menggalakkan interaksi sosial rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya telah memacu kejayaan cemerlang.

Usaha strategik kementerian melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan rakyat Malaysia berjaya mengekalkan kaharmonian dan kesejahteraan sedia ada.

Iklan
Iklan

Kementerian melalui kesemua agensi telah berjaya melaksanakan lebih 300 program berimpak tinggi yang berteraskan kepada kluster Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Dasar Perpaduan Negara (DPN) merupakan dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat.

Iklan

"Konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian digunakan untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. DPN menetapkan hala tuju perpaduan negara dan bertindak sebagai pemangkin bagi pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu, harmoni dan makmur.

AARON

"Tunjang kepada teras dan strategi DPN ialah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Sejarah dan semangat di sebalik Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan oleh semua lapisan masyarakat dan menjadi asas kepada semua dasar Kerajaan.

Iklan

"DPN yang dibangunkan ini juga selaras dengan matlamat yang digariskan di bawah gagasan Malaysia Madani,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, kementerian telah mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.

"Tema kementerian pada tahun ini juga selari dengan matlamat ini iaitu Membudayakan Perpaduan, Meraikan Kepelbagaian.

"Segala pelaksanaan program dan inisiatif pada tahun ini telah berdasarkan tiga objektif yang digariskan dalam DPN iaitu mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional, membentuk identiti nasional dan melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan,” katanya.

Semangat kekitaan

Sementara itu, Pensyarah Kanan Komunikasi dan Media, Universiti Putra Malaysia, Dr Syed Agil Alsagoff berpandangan, pencapaian KPN 2024 berada dalam keadaan yang baik.

"Pencapaian tersebut berpaksikan kepada jumlah inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh KPN sepanjang tahun ini. Program-program yang menjuruskan kepada semarak perpaduan masyarakat Madani pada tahun ini telah banyak menunjukkan peningkatan, terutamanya penerimaan dan penyertaan masyarakat terhadap program yang dijalankan.

"KPN telah membuat penambahbaikan dan kepelbagaian program berteraskan pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Agil berkata, kepelbagaian program untuk menyantun golongan masyarakat majmuk di negara ini yang telah dilaksanakan oleh KPN memberi manfaat kepada mereka terutamanya menyemarakkan mereka ke arah pemerkasaan semangat kesukarelawanan dalam kalangan komuniti.

"Program patriotisme yang merangsang semangat kekitaan dalam kalangan semua kaum di negara ini, mendedahkan kepada masyarakat terhadap kesediaan dan mereka melibatkan diri dalam program silang budaya nasional yang menekankan peri pentingnya masyarakat memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara,” tambahnya.

Mengulas lanjut, beliau berpandangan, penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh KPN ialah bekerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan serta swasta untuk terus menyuburkan semangat perpaduan nasional masyarakat untuk menjayakan agenda Madani pada tahun ini dan tahun akan datang.

"KPN juga boleh bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyasarkan pelbagai program sukarelawanan berimpak tinggi dan berterusan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

"Pemahaman terhadap konsep perpaduan nasional ini boleh diterapkan secara khusus dalam kurikulum pengajaran di IPT sejajar dengan keperluan dan cita rasa generasi muda hari ini supaya mereka mengenal keperluan menjalinkan perpaduan sejagat di bawah agenda kerajaan Madani,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan program yang dikendalikan oleh KPN terbaik untuk menyatukan rakyat di negara ini tetapi memerlukan pendekatan yang lebih baik dengan menggunakan platform media sosial seperti TikTok, Facebook bagi mendekati anak-anak muda.

"Jika dulu zaman Tun Mahathir Mohamad ada program Semarak iaitu road tour satu Malaysia itu pun memberi kesan yang bagus kepada masyarakat pada waktu itu kerana masih kuat dalam kalangan masyarakat. Pada pandangan saya gunakan semua teknologi maklumat cerita semula idea tentang idea perpaduan,” katanya.

INFOGRAFIK

Terdapat lima pendekatan atau agenda yang telah diberikan fokus oleh KPN pada tahun ini.

-Pemerkasaan Jentera Perpaduan seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), -Mediator Komuniti, Skim Ronda Sukarela (SRS) dan Tabika Perpaduan

-Penghayatan terhadap Rukun Negara

-Penyuburan minat terhadap warisan dan budaya negara

-Melahirkan Pemimpin Sukarelawan Siswa

-Meningkatkan keharmonian antara penganut agama

Antara rangkuman pencapaian utama KPN bagi tahun 2024 adalah:

KOMUNITI RAHMAH

-Pemerkasaan KRT Progresif

-Skim Rondaan Sukarela

-Mediator Komuniti

-Pusat Mediasi Komuniti

-Cilik Perpaduan

-Biasiswa Tunku Abdul Rahman

SEMARAK PERPADUAN

-Sambutan Minggu Perpaduan

-Liga Sukan Uniti

-Inisiatif Harmoni Madani

-Misi Sukarelawan Siswa

-Citra Nusa Muzium

-Pelawat ke Muzium

- Statistik pelawat muzium dibawah Jabatan Muzium Malaysia dari 1 Januari 2024 sehingga 30 September 2024 adalah sebanyak 1,602,449.

SEMARAK KENEGARAAN

-Penghayatan Rukun Negara

-FoodUnites

-Negarawan Kita

-Semarak Muzium

-Persidangan Manuskrip Bertemakan Kitab Tib: 1001 Rahsia Ilmu Perubatan Tradisional.