Buaya tembaga di Sungai Malim masuk perangkap

Iklan
Rais (depan, tiga dari kiri) menunjukkan buaya tembaga yang berjaya ditangkap di Sungai Malim di sini, pada petang Khamis.

MELAKA - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka berjaya menangkap seekor buaya tembaga jantan sepanjang 313 sentimeter (cm) di Sungai Malim di sini, pada petang Khamis.

Difahamkan, reptilia seberat 200 kilogram (kg) itu bukanlah buaya yang diburu kerana membaham beberapa ekor kambing di Kampung Tengah, Klebang pada Mei lalu.

Iklan
Iklan
Buaya tembaga sepanjang 313cm yang ditangkap selepas memasuki perangkap dipasang Perhilitan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan negeri Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, reptilia itu merupakan buaya ketiga ditangkap di lokasi sama pada awal bulan lalu.

"Namun berdasarkan berat buaya spesies tembaga itu ia bukanlah buaya digambarkan penduduk sebagai haiwan yang membaham ternakan penternak di sini sebelum ini.

Iklan

"Perhilitan akan terus memasang perangkap di kawasan ini dan kita menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati," katanya.

Pengarah Perhiitan Melaka, Petra Sulai berkata, perangkap tersebut telah dialihkan ke lokasi itu berikutan ia tidak mengena ketika dipasang di beberapa lokasi di Sungai Ayer Salak, Kampung Tengah dekat Pulau Gadong, Klebang.

Iklan

"Kami menerima panggilan daripada orang awam yang memancing memaklumkan mereka ternampak buaya memasuki perangkap sebelum kakitangan jabatan itu ke lokasi kejadian," katanya.