PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 26 penambahan pengimbas suhu dalam memerangi wabak koronavirus (Covid-19).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peralatan itu akan segera ditempatkan di pintu masuk antarabangsa di seluruh negara.
"Kita baru terima dan akan segera menempatkannya di lokasi pintu masuk negara," katanya pada sidang media perkembangan terkini wabak Covid-19 di sini hari ini.
Dengan penambahan peralatan tersebut, ia menjadikan jumlah keseluruhan pengimbas suhu sebanyak 80 unit.
Sebelum ini, KKM memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan bagi tujuan tersebut.
Peruntukan tersebut diluluskan serta-merta bagi memperkukuhkan saringan wabak itu di pintu masuk utama negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Kementerian Kewangan lulus peruntukan serta-merta untuk pengimbas suhu