RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion (RM526.5 bilion) pada 15 November 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion (RM524.7 bilion) pada 30 Oktober 2024.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$105.0 bilion), diikuti paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.5 bilion).
Jumlah aset berjumlah RM591.921 bilion, terdiri daripada rizab emas dan pertukaran asing, termasuk SDR (RM484.65 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.58 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.89 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset lain (RM59.98 bilion).
BNM berkata, jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM591.21 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM173.75 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.72 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM133.87 bilion) deposit kerajaan persekutuan (RM10.36 bilion), deposit lain (RM64.29 bilion), kertas Bank Negara (RM11.80 bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM4.09 bilion). - Bernama