KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas pelbagai jenis ubat-ubatan haiwan dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen sah bernilai RM434,200 di Pangkalan Haram Simpangan Tumpat semalam.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan berkenaan dilakukan pada 3.30 petang, selepas anggota pasukan PGA yang menjalankan rondaan dalam Op Taring Wawasan Kelantan ternampak beberapa bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.