SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan berkenaan akan diberikan kepada 6,613 penjawat awam negeri, Badan Berkanun Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).