Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Iklan
Chow Kon Yeow (kiri), Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo bersama ADUN yang lain beredar dari dewan selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri ditangguhkan bagi sesi rehat hari ini. Foto Bernama
GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika membentangkan Ucapan Belanjawan 2025 Pulau Pinang di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pemberian itu melibatkan 4,022 penjawat awam dengan pembayaran keseluruhan sebanyak RM6.88 juta.
"Sebagai apresiasi kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri, sukacita saya umumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimun RM1,000 kepada anggota perkhidmatan awam negeri.
Iklan
"Dalam pada itu, BKK sebanyak RM300 akan disalurkan kepada penyelia dan guru KAFA, guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR, SABK, guru tahfiz, guru pondok, guru tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang," katanya.
Jelasnya lagi, BKK tersebut akan dibayar pada bulan Disember 2024.
Iklan
"Pemberian BKK ini juga dipanjangkan kepada Badan Berkanun Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anak syarikat kerajaan negeri tertakluk kepada kemampuan kewangan masing-masing," katanya.
Tambahnya, kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem saraan digunakan dalam perkhidmatan awam yang mana Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
"Pelaksanaan penuh sistem saraan ini akan berkuatkuasa pada 1 Disember 2024. Dengan pelaksanaan SSPA ini, adalah diharapkan penjawat awam seluruh Pulau Pinang komited menggembleng tenaga dan melipatgandakan usaha dalam memenuhi aspirasi negeri.
"Sesuai dengan harapan Perdana Menteri yang dizahirkan semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) pada 16 Ogos lalu, penambahbaikan ini perlu disusuli dengan semangat 'Strive for Excellence'.
"Peningkatan hasil negeri, politik yang stabil dan sikap positif untuk pembangunan negeri sudah pastinya bertunjangkan kepada keberhasilan seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam