MBSA jalin kerjasama strategik dengan Rasuah Busters

Iklan
Mohd Fauzi (tengah) menerima kunjungan hormat Rasuah Busters di MBSA pada Jumaat.

SHAH ALAM - Dalam usaha menyampaikan mesej buruknya budaya rasuah, Majlis Bandaraya Shah Alam bakal akan bekerjasama dengan Rasuah Busters (RB) pada tahun hadapan.

Iklan
Iklan

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, kerjasama dengan Rasuah Busters itu membuktikan MBSA secara keseluruhannya komited memerangi rasuah.

Mohd Fauzi

Menurutnya, pelbagai program dan aktiviti bakal dirancang hasil kerjasama dengan Rasuah Busters demi kebaikan komuniti setempat.

Iklan

"Kita mahu seluruh masyakat di Shah Alam dan Selangor amnya mempunyai kesedaran ini agar budaya rasuah ini diperangi habis-habiskan dan tidak berakar umbi di Selangor,” katanya ketika menerima kunjungan dari pihak Rasuah Busters di sini pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin dan Pengurus kanan tugas tugas khas Kumpulan karangkraf, Hashim Anang.

Iklan

Sementara itu Nurhayati berkata, kerjasama strategik dengan pihak MBSA itu sedikit sebanyak dapat mempertingkatkan kepercayaan kepada badan yang paling rapat dengan masyarakat itu.

Mohd Fauzi (tengah) menerima cenderahati daripada Nurhayati yang menyertai kunjungan hormat Rasuah Busters ke MBSA pada Jumaat.

"Kita mahu meningkatkan komuniti teras dalam usaha menyampaikan mesej anti rasuah diperingkat dalaman MBSA dan juga kepada masyarakat,” katanya.

Tambahnya, manfaat kerjasama ini cukup besar dalam memastikan pembangunan mampan dan integriti bergerak seiring.

"Sebagai pentadbir sebuah bandar,MBSA perlu menjadi model untuk mengajak masyarakat membanteras rasuah,” katanya.