NEW DELHI - Dua orang dilaporkan hilang selepas sebuah kapal selam Tentera Laut India bertembung dengan sebuah bot nelayan pada malam Khamis.
Seramai 11 daripada 13 kru bot nelayan itu berjaya diselamatkan oleh kapal lain selepas insiden yang berlaku 70 batu nautika dari pantai Goa, menurut laporan media tempatan pada Jumaat yang memetik kenyataan pegawai tentera laut.