KEDAH Darul Aman (KDA) FC berjaya mengatasi Kuala Lumpur City FC 3-2 pada perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia 2024-2025 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.
Walaupun turun dengan masalah luar padang yang belum selesai, Sang Kenari membawa bekalan gol tipis ke laman lawan bagi aksi timbal balik kedua pada 1 Disember ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
The City Boys terlebih dahulu berada di hadapan 0-1 menerusi Ryan Lambert pada minit ke-13.
Terkejut dengan jaringan tersebut, tuan rumah kembali menyusun perlawanan memburu gol penyamaan dan berjaya melakukan pada minit ke-27 menerusi ketua pasukannya, Sony Norde untuk kedudukan 1-1.
KL City kemudiannya menggandakan asakan bagi memburu penyamaan namun keputusan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Sebaik babak separuh masa kedua bermula, permainan dilihat seimbang di antara kedua-dua pasukan sebelum KDA FC berjaya menjarakkan kedudukan kepada 3-1 apabila Sukhrob Nuruloev menjaringkan gol hasil hantaran Assifuah pada minit ke-68.
Walau bagaimanapun, KL City berjaya merapatkan kedudukan kepada 3-2 menerusi Jovan Motika hasil serangan pantas.
Kedua-dua pasukan terus berusaha untuk mendapatkan bekalan gol untuk dibawa ke perlawanan kedua namun keputusan tersebut kekal sehingga ke wisel penamat.