LONDON - Pasukan pemusnah bom dikerah ke Lapangan Terbang Gatwick di London selepas sebahagian besar Terminal Selatan lapangan terbang itu dikosongkan ekoran penemuan 'barang larangan mencurigakan dalam bagasi', lapor Anadolu Agency (AA) yang memetik kenyataan polis pada Jumaat.
Gatwick mengumumkan, sebahagian besar Terminal Selatan dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga sementara pihaknya terus menyiasatnya sebagai 'insiden keselamatan'.
Iklan
Iklan
"Penumpang tidak dibenarkan memasuki Terminal Selatan sementara siasatan sedang dijalankan. Keselamatan penumpang dan staf kekal menjadi keutamaan kami,” menurut kenyataan di platform X.
Polis Sussex memaklumkan pasukan pemusnah bom dikerahkan ke lapangan terbang susulan penemuan"barang larangan mencurigakan” dalam bagasi.
Kejadian itu berlaku selepas satu letupan tidak serius terjadi di kawasan sekitar Kedutaan Amerika Syarikat di London awal pagi Jumaat selepas satu bungkusan mencurigakan ditemui berada di lokasi terbabit. - Bernama-AA