KUALA LUMPUR - Pengurus Dana Bertauliah, Datuk Dr Nazri Khan mendedahkan pasukannya sudah membuat kira-kira 100 kali laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penggunaan identitinya oleh sindiket penipuan.
Beliau yang juga dikenali sebagai DDNK kecewa kerana sehingga kini scammer berkenaan gagal diberkas dan dikenakan tindakan kerana kecanggihan teknologi digital yang wujud ketika ini.
"Memang saya kecewa kerana sering dituduh sebagai scammer dan sudah 10 kali saya dipanggil polis untuk membantu siasatan berhubung tindakan sindiket penipuan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Dr Nazri mengakui isu scammer ini telah menjadi barah di Malaysia termasuk pencuri identiti khususnya dalam media sosial
"Scammer menyebabkan kerosakan besar terhadap ekonomi kita, saya takut jika isu ini gagal dibanteras bakat-bakat (pelabur) akan beralih beroperasi di luar negara,” katanya.
Jelasnya, beliau yakin selepas ini scammer berkenaan akan menggunakan gambar atau apa berkenaan apa sahaja pencapaiannya terbaharunya ketika ini.
"Scammer pasti selepas ini akan gunakan sidang media Juara Trader Dunia 2024, tapi bukan pada platform ‘Menang Saham
"Saya jadi juara sebab saya geram dengan scammer, saya kecewa dengan keseluruhan sistem, banyak orang yang cuba curi identiti saya dengan mudah,” katanya yang diiktiraf sebagai"Most World Cup Trading Championship Won In A Year 2024" oleh The Malaysia Book of Records baru-baru ini.
Beliau diiktiraf Malaysia Book Of Records sebagai individu pertama Malaysia yang menjadi juara perdagangan pasaran hadapan dunia pada 2024 dengan rekod pulangan sebanyak 302.5 peratus bagi suku pertama, 179.6 peratus (suku kedua) dan 357.2 peratus (suku ketiga).
Nazri berkata, melalui pencapaian terbaharu itu, beliau berjaya meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa tetapi juga menonjolkan potensi sebenar negara dalam melahirkan individu berkualiti yang mampu mencapai kejayaan di arena dunia.