OOTD di lorong seni terpanjang

Iklan
Lukisan mural penyanyi tersohor negara, Sudirman dan David Arumugam.

SEREMBAN - Jika anda gemar berswafoto atau berfotografi, tidak lengkap rasanya jika ke bandaraya Seremban tanpa singgah di Lorong Seni Seremban untuk mengabadikan kenangan.

Lorong di belakang bangunan dan premis perniagaan di bandar raya ini yang dahulunya ‘kusam’ kini indah dipandang apabila dihiasi lebih 30 lukisan mural menarik dan kreatif hasil air tangan beberapa pelukis tempatan.

Iklan
Iklan

Tiga tahun lalu, lukisan mural tersebut hanya menghiasi dinding sepanjang kirakira 250 meter bermula dari Jalan Dato Sheikh Ahmad sehingga ke Benteng Walk.

Pengunjung merakam gambar di lukisan mural di Lorong Seni Seremban.

Iklan

Namun pada fasa kedua, projek di bawah Majlis Bandaraya Seremban (MBS) itu diteruskan sehingga ke Jalan Utam Singh dan dijangka siap penghujung November ini.

Antara lukisan yang menarik yang dipaparkan ialah imej penyanyi terkenal seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham Puan Sri Saloma, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad dan Datuk David Arumugam daripada kumpulan Alleycats.

Iklan

Antara lukisan mural menarik di Lorong Seni Seremban.

Yang terbaharu dilukis adalah imej legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei, jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong.

Selain itu ada juga imej beberapa peniaga di situ yang diabadikan seperti peniaga air tebu, kacang dan tukang jahit.

Imej beberapa peniaga diabadikan pada dinding.

Dengan kehadiran lukisan-lukisan itu, ia dapat menghidupkan lagi suasana di bandaraya Seremban dan membuatkan sesiapa pun terpesona untuk bergambar Outfit of the Day (OOTD).

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, lorong berkenaan kini menjadi salah satu tarikan pelancongan di Negeri Sembilan.

"Kalau dulu bila berjalan di belakang premis kedai di jalan berkenaan kita mungkin rasa kurang selesa, tapi sekarang tidak lagi.

Nicole mengajak orang ramai mengambil peluang bergambar OOTD di Lorong Seni Seremban.

"Orang ramai rasa seronok untuk berjalan-jalan di lorong itu kerana mahu melihat dan bergambar dengan lukisan-lukisan mural yang cantik,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada masa sama katanya, ia menjadikan bandaraya Seremban lebih ceria dan berwarna-warni selain mengikis stigma negatif segelintir pihak terhadap lorong di belakang bangunan yang kotor serta busuk.

Antara lukisan mural di Lorong Seni Seremban.

Ujarnya, pihak MBS turut akan memohon agar Lorong Seni Seremban ini dicatatkan dalam Malaysian Book of Records (MBOR) sebagai lorong seni terpanjang di negara ini.

Seorang wanita mengambil gambar cucu-cucunya yang berdiri berlatarbelakangkan lukisan mural.

"Sebagai exco, saya menyokong usaha yang dilakukan oleh MBS kerana ia dapat mengubah suasana di bandaraya Seremban.

"Saya berpendapat perlu ada satu peta pelancongan yang dapat membantu pelancong menikmati tempat-tempat menarik di kawasan sekitar,” ulasnya.

Seorang pengunjung, Zulaikha Ali, 28, berpendapat, Lorong Seni Seremban adalah satu-satunya lorong seni paling menarik yang pernah dikunjungi.

Lukisan mural bermotif rumah tradisional Negeri Sembilan.

Beliau yang datang dari Batu Pahat, Johor tertarik untuk singgah di situ selepas melihat perkongsian rakannya di Facebook.

"Melihat lukisan mural itu buat saya terpesona dan mahu bergambar,” ujarnya.