Dua tahun percaturan geopolitik global Anwar
Iklan
DUA tahun lalu, dasar luar negara telah menunjukkan bukan sahaja kesinambungan tetapi juga anjakan strategik yang mencerminkan keperluan untuk beradaptasi dengan landskap geopolitik yang semakin kompleks.
Di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia menggariskan visi diplomatik yang menyeimbangkan kepentingan nasional dengan aspirasi untuk meneroka peluang baharu melalui pendekatan diplomasi yang lebih berani dan pragmatik.