Negara anggota ICC wajib tangkap, serah Netanyahu

Iklan
Netanyahu (Gambar kecil: Mohd Yazid)

SHAH ALAM - Negara-negara anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) diwajibkan untuk bersama-sama badan berkenaan termasuk melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Mohd Yazid Zul Kepli berkata, itu bermakna negara anggota tersebut boleh menahan dan menyerahkan Netanyahu kepada ICC.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, mana-mana negara yang mahu menangkap Netanyahu perlu bersedia untuk berperang dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS).

"Bukan itu sahaja, dalam praktiknya, pelaksanaan kewajipan ini boleh dipengaruhi oleh pertimbangan politik dan diplomatik.

Iklan

"Terdapat kes yang mana negara anggota gagal melaksanakan waran tangkap ICC atas alasan-alasan tertentu.

"Oleh itu, walaupun terdapat kewajipan undang-undang, pelaksanaannya mungkin berbeza mengikut konteks dan hubungan antarabangsa yang terlibat,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Iklan

Mengulas mengenai penolakan AS terhadap keputusan ICC, Mohd Yazid memberitahu, ia bakal menimbulkan cabaran besar dalam pelaksanaan waran tangkap berkenaan memandangkan negara itu menyokong genosid dengan terus membekalkan senjata dan sokongan kepada Israel.

Muka depan Sinar Harian pada Sabtu.

"Kedua-dua negara bukan anggota ICC dan tidak terikat secara undang-undang untuk mematuhi keputusan mahkamah tersebut. Ini bermakna, selagi Netanyahu berada di dalam negara yang tidak mengiktiraf bidang kuasa ICC, dia mungkin tidak akan ditahan.

"Pun begitu, waran ini tetap memberi tekanan diplomatik dan reputasi kepada Israel dan pemimpinnya yang mungkin mempengaruhi tindakan mereka pada masa hadapan,” ujar beliau.