Gudang elektrik musnah terbakar

Iklan
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

SUBANG - Sebuah gudang elektrik musnah dalam kebakaran di Jalan TUDM-Kampung Baru Subang pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 3.44 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 29 pegawai dan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian terdiri daripada keanggotaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong serta turut dibantu BBP Subang Jaya, BBP Sungai Buloh, BBP Petaling Jaya.

"Pihak bomba kemudiannya tiba di lokasi kejadian pada jam 4.06 dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah gudang elektrik yang berkeluasan 50x100 kaki persegi dan terbakar 70 peratus," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Iklan
Kejadian melibatkan gudang elektrik di Jalan TUDM-Kampung Baru Subang pada Sabtu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa.

Katanya, usaha pemadaman dijalankan anggota bomba bertugas.

"Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa.

Iklan

"Setakat ini punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.