Bau busuk bongkar kematian dua beradik warga emas

Iklan
Anggota bomba cuba mengeluarkan dua warga emas berkenaan. - foto BBP Kulai

KULAI – Kehilangan dua beradik warga emas yang tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab apabila kedua-duanya ditemukan meninggal dunia di rumah mereka di Taman Mewah, di sini, pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee, pihakya mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara tersebut daripada seorang jiran selepas terhidu bau busuk dari rumah yang didiami warga emas berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kita mengesahkan ada terima laporan berhubung kematian warga emas yang masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita berusia 65 dan 67 tahun itu.

"Siasatan awal mendapati kejadian lebih kepada mati mengejut (SDR) dan tiada unsur jenayah.

Iklan

"Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Fauzi Che Deris dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.37 tengahari berhubung perkara berkenaan.

Iklan

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan tersebut, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Perkhidmatan Perawatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan enam anggota dihantar ke lokasi.

"Setibanya ke lokasi PKO mendapati kedua mangsa telah terkunci di dalam rumah berkenaan.

"PKO kemudiannya bertindak membuka pintu menggunakan circular saw dan crowbar, namun kedua-dua mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi. Operasi ditamatkan pada jam 1.58 petang,” katanya.