Lelaki didakwa guna duit palsu beli barang ditahan

Iklan
Laporan Sinar Harian yang polis sedang mengesan suspek.

KUALA PILAH - Lelaki yang didakwa menggunakan wang kertas palsu RM100 ketika membeli barangan di sekitar Pekan Kuala Pilah pada Ahad lalu telah pun ditahan polis.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Abd Gani berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di Senawang, Seremban pada Jumaat.

"Suspek kini direman empat hari bermula hari ini(Sabtu) bagi melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 489 (B) Kanun Keseksaan.

Iklan

"Pihak polis masih mengesan rakan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan beberapa peniaga di Pekan Kuala Pilah mendakwa didatangi seorang lelaki berurus niaga menggunakan wang kertas palsu.

Iklan

Perbuatan lelaki berkenaan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaan terlibat sebelum ia tular di laman sosial Facebook.

Lebih malang apabila terdapat seorang peniaga berusia 80-an yang terpedaya apabila mempercayai wang tersebut adalah asli ketika suspek membeli kad tambah nilai berjumlah RM40 sebelum menyerahkan baki RM60.