BAM lantik Jonassen ketua jurulatih perseorangan negara

Iklan
Kenneth Jonassen

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menamatkan teka teki apabila melantik Kenneth Jonassen sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.

BAM dalam satu kenyataan berkata, Jonassen yang juga bekas ketua jurulatih badminton Denmark akan memulakan tugasnya secara rasmi pada 4 Januari 2025 dengan kontrak empat tahun.

Iklan
Iklan

"BAM telah mendapatkan khidmat Jonassen, seorang tokoh yang sangat dihormati dalam badminton antarabangsa. Bekas pemain Denmark berusia 50 tahun itu mempunyai rekod prestasi yang terbukti.

"Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam membentuk legasi badminton Denmark selama 13 tahun sebagai jurulatih," kata kenyataan itu.

Iklan

Sebelum ini, beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih untuk England.

Karier sebagai pemain menyaksikan beliau pernah menjadi pemain nombor dua dunia dalam perseorangan lelaki, memenangi gelaran berprestij seperti Terbuka Jerman, Korea, Belanda dan Singapura.

Iklan

Menurut BAM, Jonassen akan bekerjasama dengan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.

"Sebagai sebahagian daripada peranannya, Jonassen akan bekerjasama rapat dengan Rexy Mainaky untuk merangka pelan pembangunan jangka panjang untuk program perseorangan Malaysia," kata kenyataan itu.